Walau siapapun aku sekarang aku dah cukup bersyukur dengan nikmat hidup. siapa aku sekarang kalau tidak kerana dia dulu... seumur hidup aku di dunia adalah untuk dia. dia yang aku gelar 'ibu'. datuk ku beri nama ibu aku 'Roslia Ramli'. sedapkan (",). aku bersumpah! tiada ungkapan mahupun nilai yang mampu manusia beri untuk menunjukkan betapa besarnya jasa seorang ibu dalam hidup. aku ringkaskan, ibu segala-galanya. Demi Tuhan yang hidup dan matiku ditangannya, aku tidak akan melupakan ibuku.
Banyak kisah aku dengan ibu. sangat banyak, dan masih ingat dengan jelas satu persatu. sampai aku mati pun aku tak mampu nak coretkan jasa dia dalam hidup aku. cukuplah aku katakan, "ibu, terima kasih". aku sayang dia dengan cara aku. banyak aku buat ibu tersinggung, banyak dosa aku dengan ibu. aku sedar segala-galanya. mustahil bagi aku melupakan dia.
Pergaulan aku dengan ibu aku, aku tak banyak cakap, faham-faham la anak sulung, lagipun seawal usia aku 13 tahun, selama 8 tahun, aku kerap berjauhan dengan dia, disebabkan tuntutan hidup yang memerlukan setiap anak perlu keluar belajar dimana-mana untuk mematangkan fikiran anak tu. aku pilih jalan aku tanpa halangan dari ibu. disebabkan itu aku kurang ramah-ramah dengan ibu. tapi itu tidak bermaksud "seorang ibu tidak memahami anak dan seorang anak tidak cuba memahami hati ibu", kami saling memahami. ada interaksi jiwa disitu.
Ibu seorang yang 'sporting', aik! tadi cakap pergaulan kurang cakap, ni sporting pulak?. jangan terkejut, ibu aku sangat ramah dengan orang yang dia kenali. sporting ibu aku tak la sampai tahap sporting mak-mak datin yang dalam TV tu, sampai anak nak buat apa pun biar ja. Ibu aku mempunyai latar belakang agama, jadi batas-batas syariat Islam tu masih terkawal dalam keluarga kami. Walaupun ibu x sporting macam mak-mak datin dalam TV, tapi kalau kawan-kawan aku tengok hubungan aku dengan ibu aku jealous jugak laa. Sebab kebanyakkan kawan-kawan aku, x ramai ibu mereka yang pandai jaga hati kawan anak-anak. ibu aku berjaya buat itu. Terima kasih ibu (",).
Ibu jugak bukan seorang yang jenis memenangkan anak jika anak dia salah. masa sekolah rendah dulu aku pernah buat masalah dengan kawan taman aku, ibu aku belasah aku dulu. aku suka cara tu (",).
Seperkara yang aku sangat respect, sepanjang aku ada dengan ibu aku, ibu x pernah 'mengumpat' siapa-siapa. Kadang-kadang ni bila kita tau seorang mak cik mesti tak boleh elak dari 'mengumpat', tapi selepas aku memahami ibu aku, aku percaya masih ada perempuan yang x suka mengumpat. terima kasih ibu. (",)
Ibu sangat kuat, bukan kuat macam kereta kebal. tapi kawalan emosi dia sangat kuat. Cuba bayangkan seorang ibu tunggal sanggup mengenepi hasrat sendiri demi anak-anak. salah satu ayat ibu "kalau ibu kahwin, ibu x yakin lelaki tu boleh jaga anak-anak ibu mcm ibu jaga". jadi ibu pilih untuk tak kahwin lagi (bukan mengenepikan sunnah, tapi menggunakan pendekatan maslahatul mursalih) ketika dia ungkap ayat ni usia aku kecik lagi, gaji dia pun kecik lagi, sedangkan dia masih muda ketika tu. Tapi saham pengorbanan yang dia labur dulu, makin membuahkan hasil. (",) terima kasih ibu.
Sebenarnya banyak kesah aku dengan ibu, jatuh bangun dia. tapi tu lah... Tuhan dah kata melalui nabi. ibu,ibu,ibu,ayah. Ibu kandung hanya seorang dalam hidup, selagi ibu masih hidup aku akan hargai dia. dan jika dia telah tiada nanti, aku akan guna ilmu kehidupan yang dia berikan kepadaku. Walaupun ibu akan tiada suatu hari nanti, aku akan buatkan ibu tidak menyesal melahirkan aku sebagai anak. aku ada niat kalau aku ada nak perempuan, aku nak letak nama sempena nama ibu. (",) apa-apa hal pun kena bincang dengan pasangan aku dulu. kot-kot dia nak letak nama Maya Karin ke, Fasha Sanda ke baru lah boleh beri sinaran kat kubur mak ayah nanti. (",).
aku teringat bonda aku, itu sebab aku menulis untuk ibu.
0 comments:
Post a Comment