Content

Lagenda

Monday, 27 June 2011


Tahun 2000
..........................................................
aku menjejakkan kaki buat kali pertamanya ke tanah realiti. Dibumi Raudhah. sangat usang, tanahnya tidak subur, bunganya layu. hilai tawa pelajar-pelajar insani memecah kesunyian bangunan yang usang. Pada awalnya aku yakin, tiada apa yang istimewa di situ. semuanya satu persinggahan. itu hanya ilusi. tapi, sangkaan aku mulai meleset selepas aku temui sekumtum bunga yang sangat mekar. Walaupun kini bunga itu telah lenyap dari bumi, namun harumannya mustahil aku nafikan.


Tahun 2001 berganti 2002, seterusnya 2003. aku jalani hidup aku sepertimana para pelajar lain, belajar mencari identiti manusiawi. aku tidak belajar melalui silibus sekolah. aku belajar melalui kehidupan. itu yang membuatkan aku sering ketinggalan dalam pelajaran. Hidup tidak mengajar aku pelajaran, disitu rugi aku. tapi aku pilih untuk itu.

aku bukanlah seorang pelajar yang rajin atau bijak di sekolah, walaupun aku kurang berminat dalam bidang akademik aku sangat suka jika ada rakan-rakan aku yang sukakan ilmu pelajaran. Aku akan bantu semampu aku. Kisah kematangan aku bermula ketika aku mempunyai pengaruh di sekolah dan sekitar luar kawasan sekolah. aku teruskan apa yang aku ingin lakukan. aku ramai sangat kawan-kawan. baik yang memang  alim  dan baik mahupun yang sangat jahat. 

aku tidak memilih dan kisah dalam berkawan. antara perkara yang aku kurang berminat sewaktu di sekolah adalah bergaduh dan berkawan dengan perempuan. mungkin figure size aku kecil kot, jadi aku tidak berminat gunakan kekerasan dalam apa jua keadaan. jika aku salah, tak buat homeworks ke, skip kelas ke aku akan hadapi. sebab aku sedar itu salah aku.

setibanya aku di ruang legar tempat menunggu Raudhah, aku dimasukkan ke asrama lelaki sekolah tersebut yang berhampiran dengan Makam Diraja Langgar. Warder Aspura ketika tu, Cikgu Azahari, adik beradik tok ngasuh aku (what a small world, tapi aku tidak berminat nak kecoh-kecoh) di Aspura aku kenali pelbagai ragam pelajar disitu. ramai yang baik, dan ramai yang teruk. seperti biasa, aku kawan kesemuanya. perkara kebiasaan dimana-mana jua asrama sekolah rakyat, aktiviti 'ragging' tu suatu yang normal. banyak aku belajar dari situ. sekalipun aku pernah di'ragging', kena belasah dengan senior, tp aku tetap tidak berminat meneruskan tradisi baik tu kepada junior. 

tahun 2002, aku mula menyentuh rokok. buat kali pertamanya aku membeli sendiri untuk mencuba 'apa yang best sangat dengan rokok'. rokok pertama yang  aku beli, sebatang rokok Semporna A berwarna hijau (mentol). aku terjebak dengan rokok bukan atas desakan atau pengaruh kawan-kawan, semua atas diri aku yang ingin mencuba. dengan momentum sebatang rokok aku mula di dekati kawan-kawan yang nakal-nakal (tapi tidak jahat). daripada mereka aku belajar erti persahabatan, kesetiaan dan keikhlasan. aku tidak ada apa-apa yang boleh beri manfaat kepada mereka, tapi mereka menerima aku seadanya. tidak sebagaimana sebahagiaan pelajar-pelajar 'skema' yang memilih kawan (aku tidak menyatakan cara itu salah, tapi masa depan manusia kita tak tahu, mungkin hari ini dia hina, esok lusa dia berubah). 

tahun 2003, kehidupan aku sebagai pelajar mula bertukar agenda, sepatutnya aku tumpukan pelajaran untuk exam PMR, tapi aku semakin menjadi-jadi. walaupun aku masih bersekolah  di tingkatan tiga ketika tu, rambut aku sudah berwana warni (nak kata Pan-asia x jugak, walaupun aku ada darah campuran melayu-Cina, sebelah ibu aku Cina) aku memilih untuk 'declare' diri aku Melayu. aktiviti mewarna rambut waktu tu bergerak secara berkumpulan. Ezzarul Iqbal (shah alam), Adib (Guar), Saffuwan (Kuala Kedah) dan lain-lain. ketika di Aspura kami semua pakai kopiah, di sekolah dah confirm-confirm kami wajib pakai songkok, jadi aktiviti kami berjalan hampir sebulan tanpa disedari oleh cikgu-cikgu (tahap munafiq ketika ni, tapi ketika itu kami masih belum di taklifkan hukum Allah). Sepandai-pantai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. Warder Aspura, Ustaz Isa dapat hidu aktiviti munafiq tu. Dia mohon pihak sekolah buat sport-check rambut di sekolah. last sekali rambut kami yang ala-ala tempua dan burung kakak tua tu pun dibotakkan.

selesainya peperiksaan PMR, aku berpisah dengan ramai kawan-kawan sepejabat aku, ada yang masuk sekolah teknik, ada yang masuk sekolah asrama penuh dan ada yang berhenti sekolah. ketika tu agak lama hubungan kami terputus, mereka mencari identiti mereka, dan aku stay di sekolah tu sehingga aku 'form six'. walaupun ramai kawan aku yang keluar sekolah, pengaruh aku masih kuat di sekolah. dengan hanya sebatang rokok, aku mampu bina kawan-kawan baru dan rapat. memang sangat lawak. kah...kah...kah.

Sesi persekolahan 2004 pun bermula.
 

Tahun 2004
Di Suatu Sudut Tingkatan 4C

..............................................................

"tengok tu kawan-kawan!, apa punya cikgu macam ni! ajar subjek lain, tapi melalut tak tentu hala.bab kiamat lah, bab syurga lah, bab mati lah. apa nak mati dah apa cikgu ni" kah...kah...kah...

"nak tunjuk baiklah tu"  kah...kah...kah

"sudah sudah sudah!! cepat lah cikgu ajar kami Bahasa Melayu, kami nak exam tak brapa bulan lagi nih"

"15 bulan lagi" kah...kah...kah... kami pun ketawa besar kerana berjaya malukan cikgu. tu (bukan senang nak malukan cikgu nih, pelajar tahap extremely dangerous macam kami ja brani buat benda macam ni)



Tahun 2004
Lain hari di Kelas Yang Sama
...........................................................

"Hei geng! rokok ada tak?"

"ada?! okeh canteekk...macam tu lah sahabat dunia akhirat aku. jom lepak toilet!."

"apa barang sedut udara toilet, tak baik untuk kesihatan" kah...kah...kah...

"alaaahai, kita hisap rokok dalam kelas sudaa"... okey jugak tu.

"kejap lagi subjek apa?" "B.M?" alah bisa tegal biasa ja tue... cikgu tu jugak ajar peribahasa tu. kah...kah...kah

"sempat la kita hisap dua tiga pam dulu dalam kelas, kejap lagi kita extent la dalam toilet pulak, itu pun nak kena ajar?"

"sementara cikgu tu nak sampai, dah la cikgu tu jalan lambat, macam kura-kura"

"tok kura gitu" kah...kah...kah... (macam tu lah kami setiap hari, hidup tak pernah fikirkan apa-apa... apa yang tauu, enjoy, lagipun memang itu lah tuntutan hati pelajar-pelajar yang tidak ada akhlak macam kami)


Tahun 2004
Keesokkan Harinya
...............................................................

Pengunguman: Perhatian! murid-murid yang ditangkap merokok kelmarin diminta tunggu ditapak perhimpunan selepas assembly pagi ni. Terima Kasih.

"eh geng, macam kita ja pun". of course laa, ada lagi ke 'smoker extremely dangerous' dalam sekolah ni selain kita?.. iya-iya-iya.

"cikgu tu 'minta tolong' tu, kita nak tolong tunggu di tapak perhimpunan tak lepas ni?" kah...kah...kah...

"tunggu ja lah, pandai buat salah pandai tanggung lah." sejak bila tahu bertanggungjawab pulak nih?

"tu kan prinsip kita geng". oh terlupa pulak, okeh-okeh-okeh.

"oraaiiit... alaaaah setakat nak rotan tapak tangan tu apa ada hal kan". apa cikgu-cikgu ingat rotan tu keras ke? hati kita lagi keras geng! kah...kah...kah...

....................................................................

"Isshhh! sejam lebih dah berjemur tengah panas nieee... kot iya nak rotan pun, rotan ja lah." sabar lah geng. kah...kah...kah...

"bukan apa geng, settle awal kan senang" betul-betul-betul.

"kita nak ponteng sekolah jugak harini, sabar ja lah, kejap lagi habis denda ni kita keluar lepak di warung pak su Dee laa."

"haaaaa..weh geng! tengok siapakah gerangan orangnya yang jalan menghala ke kita tue?" kah...kah...kah...

"knapa yang tiba-tiba guna bahasa melayu kuno ni?". tengok lah siapa yang datang tuuu.. kah...kah...kah...

"siapa lagiii, mestila cikgu tingkatan kita yang jalan 'slow' tuuu... cemuih aku dengar dia berleter" alaaahh, tahan telinga je lah.

"Dah la kita tingkatan paling lemah, dapat cikgu tingkatan slow pulak." tak apa, nanti-nanti pengetua tahu fikir lah,

"sepatutnya guru pakar atau guru cemerlang lah yang kena didik pelajar yang lemah. Ini tak, naik pangkat jadi guru cemerlang terus rasa diri hebat, ajar kelas depan-depan je. habis tu fungsi sekolah ni untuk siapa? untuk cikgu ke untuk pelajar?" setuju-setuju-setuju.
 ................................................................

"ehh cikgu ni kenapa rapat sangat dengan kami ni?" .

"siap bisik-bisik lagi.... emmm.... apa... maksud... diaa... emmmm? aku terkaji seketika.

"Ungkapan yang keluar daripada lisan cikgu tu ditujukan kepada ketua tingkatan aku,...kami berjemur ditengah panas agak lama, empat orang kesemuanya, termasuk ketua tingkatan aku. Zakiyuddin (Guar), Badrul Naim (Derang), Hafiz (Smpg Kuala) dan aku." walaupun ungkapan cikgu aku tu ditujukan kepada kawan aku, tapi aku turut merasai bahangnya: terima kasih."


Tahun Berganti
Penghujung 2005



Amisa! macam mane result SPM hg? aku disapa oleh seorang kawan ketika pergi ambil keputusan SPM disekolah.

Sambil menguntumkan sebaris senyuman, jawabku "Alhamdulillah maybe ni pengajaran bagi aku, nakal... tak ada la yang gagal, tak ada jugak yang cemerlang. ayat mudahnya sukup-cukup makan je.

"laukku dah cukup-cukup masin, laukku cukup masin, xperlu engkau tambah garam". Perli seorang kawan baik aku dengan menyanyi lagu Tam Spider. kah...kah...kah.

Setelah terputus topik, aku bersuara "aku cadang aku nak teruskan dengan Sijil Tinggi Agama. tapi mesti cikgu-cikgu tak suka aku kan?" soal aku. tanpa sebarang respond dari kawan-kawan aku, semua 'blur'. kah...kah...kah...

"sebenarnya aku ada alasan aku sendiri kenapa aku pilih tu..." soal hati.

"kah...kah...kah... maaflah Amisa, bab tu kami tak nak campur, kami semua dah tahu dah... memang kami tak sanggup dah nak tahan telinga dengar ceramah cikgu-cikgu kt sekolah ni haa.

"soo... selamat tinggallah SMURUL a.k.a MMPS." very simple wishes, but meaningful. Itulah kali terakhir secara rasminya aku bertemu dengan kawan-kawan sepejabat aku di sekolah.

***********************************

rasa singkat sungguh cuti ni, sedar tak sedar aku dah mula pengajian sta. aku lihat ramai wajah-wajah baru, watak-watak baru yang masuk sekolah aku.

kini aku perlu bina tapak baru. kehidupan sebagai  seorang pelajar yang baru. tapi aku masih tak yakin disitu adakah peluang bagi ku.

sebagai pelajar yang kurang akhlak, sudah tentu persepsi manusia akan kekal dengan tanggapan pertama. jadi aku perlu berdepan dengan apa yang aku cipta sendiri. face on the reality. ketika aku sta, ramai cikgu yang kurang dedikasi dgn aku. maklumlah, seawalnya jalan itu redup, mungkin bagi mereka itu tandanya malam. tidak aku menyalahkan mereka, tidak juga aku meyalahkan diri aku. that is nature of live. Aku create hidup aku, aku tak nak suatu hari nanti aku menyesal kerana mengikuti apa yang orang lain tetapkan tapi hati aku tidak merelakan. (jangan salah faham, dalam konteks syariat dan usul agama, aku mengimani dengan apa yg ditetapkan, konsep yang aku pegang tu cuma dalam perkara yang 'harus', permasalahan kehidupan yang tidak dilarang mahupun diiyakan agama secara qat'i).

Ketika aku sta, aku tidak lagi skip kelas semasa PMP, maklumlah kawan-kawan baru aku kali ni semuanya sudah matang. jika aku tak ada mood nak pergi sekolah, aku tak pergi terus. bukan kerana aku tidak cintakan ilmu, aku selesa menerima ilmu dalam keadaan aku suka dan bersedia. ilmu yang aku nak cari bukan ilmu untuk pandai atau cemerlang, tapi ilmu untuk aku manfaatkan, ilmu kehidupan bukan untuk kerjaya ataupun ayam tambatan guru-guru. (dalam aspek ni aku rugi keberkatan menghadiri majlis ilmu dan kurang disenangi oleh pengajar) walaupun begitu, Demi Tuhan yang jiwaku ditangannya, aku tidak pernah sesekali membenci guru-guru ku, meskipun aku tidak disenangi. Doa untuk guru-guruku sentiasa ada selepas solat ku.

Suatu pagi di sekolah...

aku ke bilik air bersebelahan kelas aku. selesai hajat aku, aku pun menuju ke semula ke kelas aku.

dari belakang aku perhati sesosok jasad perempuan tua berada di hadapan pintu kelas aku, dan aku terdengar perbualannya .

"Mana budak kecik tu?" soal cikgu tu kepada kawan aku (Asyrof Ismail, walaupun mungkin dia dah lupa, tapi aku masih ingat dengan jelas).

"Dzulkhairy ke cikgu?" soal kawan aku.

"Bukan, sorang lagi..." belum sempat cikgu tu habiskan kata-katanya kawan aku mencelah.

"Amisa ke cikgu? tu dia belakang cikgu!" sambil dia menunjuk kearah aku.

"haaa... mana kamu pergi Amisa? soal cikgu tu "skip kelas lagi lah tu?" dia menduga aku..

kah...kah...kah...kah... tak ada lah cikgu! kah...kah...kah...kah...kenapa cikgu cari saya ye?

"tak ada, cikgu nak tanya Bahasa Melayu SPM kamu macam mane?"

Mendengar soalan tu terkesima dan terkaji aku seketika, otak aku mula berfikir:

"Kelas form six aku jauh dari bilik guru, lagipun cikgu tu tak ada urusan apa-apa dengan PMP di bangunan penjuru tersebut, tandas guru pun bukan disitu, soal ku sendirian. tanpa jawapan pada soalan aku sendiri aku menjawab soalan cikgu tu".

"eerrr, saya dapat 3b je cikgu." muka cikgu tu sedikit berubah (mungkin tak tercapai apa yang dia harapkan dari aku) tanpa sempat dia membuka mulut terus aku mencelah.

"minta maaf cikgu, tak dapat buat cikgu bangga ada pelajar macam saya".

Dia tersenyum dan mengungkapkan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku.

"Amisa, kamu masih ada banyak masa lagi, saya percaya kamu". kalau ada rezki  nanti boleh kamu bawa ibu kamu pergi Mekah sekali dengan saya. ni denda sebab kamu tak dapat A Bahasa Melayu. (cikgu ni pernah menjadi guru kelas aku sewaktu aku tingkatan 4, jadi ketika sain buku rekod, dia pernah berbual panjang dengan ibu aku).

Setelah dia berlalu pergi, aku termenung sendirian. dalam kelas form six tersebut bukan aku seorang ja pernah jadi pelajar dia, ramai lagi kot elite sekolah dalam kelas tu. tapi kenapa result aku yang dia tanya. emmm entahlah, mungkin dia boring kot asyik duduk dalam bilik guru ja. relate punya relate, hubung punya hubung, fikir punya fikir... last sekali aku ada satu rumusan sendiri pada soalan aku.

Ungkapan yang pernah diungkapkan suatu ketika dahulu, ungkapan ketika beliau ucapkan kepada ketua tingkatan aku, ungkapan ketika kami berjemur di tapak perhimpunan sekolah, ungkapan ketika kami 'ketahuan' hisap rokok... rupanya percikkan lafaz tu turut terkena pada aku. Apakah ungkapan itu?. Ketua tingkatan aku lebih mengingati, kerana lafaz tu untuk dia, aku cuma kena pantulan je. tapi sangat berkesan.

Lafaznya biasa kita dengar, tapi tidak kita cuba fahami. "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Ungkapan yang terkandung kekecewaan, dan disitu juga ada harapan. manusia yang tidak pernah menjadi orang harapan manusia lain sahaja yang akan menghargai dan memahami lafaz ini

kerana sebatang rokok yang kami hisap suatu ketika dahulu, aku dan kawan-kawan aku telah terima suatu hadiah yang sangat bermakna, hadiah dari seorang guru, hadiah dari seorang muallimah, hadiah dari seorang ibu.

selepas 'ayat kehidupan' ini diluahkan oleh seorang guru yang tidak pernah aku hormati suaut ketika dulu aku bukan lagi aku yang dulu, aku mula menghormati guru-guru walaupun guru tersebut tidak kisah akan kewujudan aku. sekalipun jika ada guru yang tak pernah mengajar aku, aku akan doakan untuk mereka. bab hormat guru dulu aku failed, tapi harapan dan didikan cikgu tu aku mula ubah perspektif terhadap guru-guru.

aku bersyukur, aku mula fahami untuk mengubah seseorang memerlukan banyak metode, tapi yang paling berkesan untuk mengubah manusia, perlunya rasa hormat dan harapan untuk membuatkan seseorang itu merasa dihargai. boleh saja ia dianggap fantasi dan tidak wujud di dunia realiti. tapi bagi aku, itu teori yang pasti, tak usahlah sampai aku kemukakan dalil-dalil syarak untuk menguatkan hujah aku, cukuplah aku nyatakan itu kehidupan.


********************************

Langkahnya yang perlahan aku tetap tidak dapat mengejarnya, meskipun aku berlari dengan sekuat hati. Baru aku mengerti, dia bukan sekadar guru, dia ialah ibu kami, dia ialah lagenda. Didikan seorang ibu yang bergelar guru kami impikan, tidak hanya semata-mata berdasarkan silibus akademik ataupun ISO. (aku menyokong ISO, tapi disitu aku melihat kehakisan sifat manusiawi, segalanya terikat) keterbatasan dalam pergaulan dan didikan antara seorang ayah, ibu dan anak.

Siapa sahaja boleh mengajar, asalkan ada certificate untuk mengajar maka dia boleh mengajar, tapi teluskah dia dengan ilmunya, ikhlaskah dia dengan didikannya. Hanya sebahagian sahaja yang mampu tegarkan niat murni sebagai pendidik di jalan Tuhan, bukan pendidik kerana dibayar.

Dia telah merubah kami, walaupun dia tidak pernah mengetahuinya hakikat itu.

"Aku masih seorang pelajar, bukanlah doktor, lawyer, pegawai ataupun pensyarah, tapi aku rasa kalau tanpa dia, aku dah tak pegang pena.. mungkin dah jadi manusia yang tidak berguna kepada masyarakat mungkin. tapi harapan yang dia tinggalkan.... aku pegang sampai mati."  aku masih belajar dari kehidupan walaupun masih tidak ada apa-apa yang istimewa aku temui pada diri aku. aku hargai nikmat hidup yang Tuhan beri. walaupun suatu nanti aku masuk kedalam masyarakat dalam keadaan sederhana tak sepertimana anak-anak didiknya yang lain, aku ingin buktikan kepadanya yang dia berjaya merubah aku.


"Puan Che Jam, you are the bestest i ever had. tunggu saya cikgu." suatu hari nanti.......

.

2007 yang Sepi

Betullah orang selalu cakap sesuatu yang baik itu selalunya rapuh... Che Jam telah buktikan......




**

*****

***********

******************

***********

*****

**

*


"Assalamualaikuummm..."

"adik."

"adiiik...."

... emm adik!"

adik datang dari mane? datang mengunjung (ziarah) siape? suara yang aku anggap maya rupanya realiti. lalu aku menoleh. wajah seorang perempuan bertudung labuh kelihatan menyapa aku di tanah perkuburan itu. Tanah Perkuburan Islam Kubang Sepat.

Lamunan aku terhenti, bayanganku pulang ke alam nyata.

Tiada lagi seorang ibu berbaju kurung berjalan santun ke kelas untuk mengajar, ditangan kanan berkepit surah-surah pilihan, serta kuntuman senyuman ikhlas. Dan tiada lagi ibu yang menulis dipapan hitam sambil menceritakan soal kiamat di dalam kelas. menceritakan tentang kehidupan yang hanya sementara, hormat menghormati dan nilai-nilai murni yang dipetik dari novel Sehijau Warna Daun.

Ketika itu, yang ada hanyalah sekujur tubuh, berkafan mengiring mengadap kiblatnya, dengan berhati-hati diturunkan ke lahad di hadapan ku

"Saya pelajar kepada arwah" jawabku kepada perempuan itu. ringkas dan hanya itu sahaja yang dapat aku ungkapkan.

"cikgu, Terima kasih"


Tak pernah ku pinta, tak pula ku paksa, air jernih mula mengalir dipipi ku... Walaubagaimanapun, aku tetap terima dan redha bahawa guru yang paling aku sayangi telah diseru kembali ke rahmatullah.

"Puan Che Jam, ilmu kehidupanmu akan ku manfaatkan selagi aku bernafas, Walaupun kehadiran ku pudar dimata manusia. Aku tetap bangga menjadi salah seorang pelajarmu. Semoga bahagia disisi Allah Yang Maha Esa. Dan aku bersyukur kepada Tuhan kerana beri aku peluang mengenali kamu.


Al-Fateehah. Buat arwah Puan Che Jam Othman guruku, lagendaku.

0 comments:

Post a Comment