Content

Berdosa

Tuesday, 28 June 2011


Pintu bilik pejabat ditutup rapat oleh pengawal peribadi Dato’N. Kelihatan setiausaha Josh menjenguk dari luar bilik. Sepertimana kebiasaan, sekiranya Josh didatangi tetamu penting, kakitangan dan rakan sekerjanya sudah memahami cara Josh melayani tetamu. Josh menghampiri cermin kaca yang memisahkan biliknya dengan pejabat luar dan menarik birai bagi menutupi pandangan luar menerusi pejabatnya. Perkara itu berlaku sebaliknya jika Josh tidak mempunyai urusan penting dengan tetamu-tetamu khas. Pintu pejabat Josh tidak pernah tertutup samada dia ada di pejabat atau tidak. Tujuannya hanya untuk memudahkan komunikasi dengan kakitangan lain. Josh bukan seorang yang peramah. Namun dia mesra dengan semua yang dikenalinya. Walaupun jawatannya hanya Gred N41. Namun dia tidak kisah untuk bergaul dengan pegawai-pegawai DG53 dan pembantu am S7.

“Boleh, aku boleh luluskan projek yang kau mahu. Tapi bersyarat!” Tegas Josh kepada seorang lelaki yang berada di pejabatnya.

“Jika kau berurusan dengan pegawai lain, mereka akan keluarkan satu form untuk deal segala projek.” Sambung Josh sambil dia menunjukkan kearah lembaran kertas di atas mejanya.

“Namun, jika kau berurusan dengan aku, aku berikan dua form. Satu, sepertimana yang aku tunjuk tadi. Form milik kerajaan. Dan yang kedua, form aku sendiri. Tidak terikat dengan saper-saper. Antara kau dengan aku. Sangat mudah. Aku tidak mahu faedah daripada kau.”

“Joshua…Joshua…Joshua… apa syaratnya?” Soal Dato’ N yang agak keliru dengan penjelasan Josh.

“Pertama. Seperti yang kau sedia maklum, projek yang kau nak buat tu adalah salah disisi agama. Namun. Berdasarkan form pertama. Aku sebagai penjawat kerajaan. Mahu tidak mahu aku mesti luluskan. Oleh itu, syarat pertama. Jangan sesekali kau mengaku apa yang kau buat tu tidak salah disisi agama.”

Kedua. Untuk mendapat kelulusan projek. Kau perlu berikan faedah kepada pegawai yang luluskan, benar? Aku tidak perlukan semua itu. Syarat kedua yang aku minta. Keuntungan tahunan daripada perniagaan korang. Lima peratus daripadanya sedekah kepada yang layak. Dan jangan hebohkan pada media. Pandailah kau atur. Setiap tahun.

Ketiga. Jangan lupa keluarkan zakat. So simple.” Jelas Josh sebagaimana pernyataan yang terkandung di dalam form kedua yang dihulurkan kepada Dato’ N.

“Tapi jangan pulak kau tubuhkan syariah advisor bagi projek ni.” Josh tersengih kepada kenalannya itu.

“Kau hanya minta juruaudit syarikat kau berurusan dengan Jabatan Agama. Nanti tahulah mereka uruskan kadar yang sepatutnya” Josh memberi solusi memandangkan dia sedar bahawa Dato’ N tidak tahu menahu tentang hal tersebut.



“Bagaimana kalau aku tak nak dengan perjanjian kau Josh? Tiada faedah yang aku akan dapat. Lagipun kau tiada hak nak saman aku di mana-mana mahkamah.” Dato’ N cuba menduga sambil tersenyum sinis.

Sambil tersenyum, Josh menudingkan jari kearah sebuah frame yang tergantung dipejabatnya.


.....................................




“Kah…kah…kah…kah… dari mula aku kenal kau, dah hampir sepuluh tahun, aku tak mampu nak faham kau, Josh. Baiklah, aku terima kedua-dua form ni. Dato’ N tertawa malu selepas dirinya disedarkan oleh sesuatu.

Melihat segala urusan berjalan lancar. Ho Chan. Orang kanan Dato’ N bingkas bangun dari sofa untuk membuka pintu bilik pejabat Joshua. Selepas bersalam dengan Joshua, Dato’ N bangun kemaskan kot dan tali leher berbelang merah putih itu. Dato’ N merupakan ahli perniagaan yang terkenal di utara tanah air. Ketika mereka berjalan keluar kedengaran Ho Chan berbisik kepada Dato’ N.

“Boss, ada apa dengan ‘frame’ tu boss?” soal Ho Chan ingin tahu.

“Itu nama tuhan aku lah, ALLAH” ringkas balas Dato’ N. sambil tersenyum dan menggelengkan kepala.

Berkerut dahi Ho Chan mendengar jawapan itu. Menandakan dia masih kurang faham.

“Ho Chan, setiap manusia akan mencari kesempurnaan dalam hidup, samada melalui jalan salah ataupun jalan baik. Walaupun begitu, setiap manusia juga yakin bahawa mereka akan mati. Dan tempat selepas manusia mati adalah milik Tuhan yang menjadikan manusia. Jahat macam mana sekalipun, percayalah. Tuhan itu melihat. Dan akan menghukum.

“Boss, setahu saya boss tak pernah ke masjid, tambahlah nak dengar ceramah.” Ho Chan bergurau.

“Aku belajar dari Josh.” Sampuk Dato’ N tanda faham soalan Ho Chan.

“Saya pelik lah boss, sebentar tadi baru dia luluskan projek pembinaan disko, tiga juta. bukan agama boss cakap salah kah?” cuba Ho Chan yang mengetahui sedikit sebanyak tentang Islam.

“Ho Chan, kau dengar perjanjian dia tadi?” Dato’ N berhenti dari berjalan dan memandang orang kanannya itu.

“Faham boss, faham boss.”

0 comments:

Post a Comment