Content

TRANSFOMERS 3

Wednesday, 29 June 2011


GEMPAKLAH cerita nie!! Inilah reaksi penonton ketika keluar dari panggung wayang seluruh tanahair selepas tayangan filem Transfomers 3 yang ditayangkan serentak seluruh negara.

Penceritaan yang boleh dianggap melibatkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan kehidupan, percintaan, kesedihan dan aksi yang mengagumkan memberikan satu fenomena untuk seluruh dunia merasainya.

Kebijaksanaan Michael Bay serta sekutunya Steven Spielberg berjaya memberikan satu impak menerusi pencetusan filem Transfomers 3 terhadap seluruh dunia mengenai kecanggihan teknologi masa kini mampu memberikan sejuta harapan untuk manusia meneruskan kehidupan.

Satu perangkaan yang boleh dianggap pemikiran di luar kotak memberikan inspirasi yang cukup tinggi dalam menghasilkan karya luar biasa sekaligus mengangkat serta menjulang nama mereka dipersada antarabangsa.

Namun kehadiran pengarah serta pengarang sebegini menghasilkan karya yang berkualiti tinggi sudah jelas membuktikan bahawa suntikan vaksin yang diberikan menerusi filem meninggalkan kesan serta menjadi fenomena seluruh dunia.

Walaubagaimanapun filem yang digarap ini begitu menghiburkan tetapi sedar tak sedar inilah yang dikatakan usaha manifesto barat menghasilkan karya untuk diagungkan seluruh dunia bahawasanya mereka adalah hero dunia.

Propaganda yang banyak mengagungkan United State (US) atau sekutu dengannya dimuatkan di dalam filem ini untuk santapan seluruh dunia. Perangkaan propaganda yang dilakukan oleh barat terhadap karya filem yang dihasilkan jelas sekali meliputi keseluruhan filem.

Kecanggihan teknologi yang mampu menghasilkan Autobot dan Decepticon sudah jelas menerangkan bahawa kecanggihan teknologi barat yang dihasilkan adalah terbaik dan tidak mampu ditandingi oleh negara-negara luar.

Bukan itu sahaja malahan mereka juga mengetengahkan informasi mengenai penaklukan ruangan alam semesta bahawa mereka adalah yang pertama menakluki berbanding negara lain. Sebagai bukti jelaslah ketika babak penghantaran manusia pertama ke bulan membawa bendera US disaksikan berjuta penonton.

Inilah yang dikatakan sebagai propaganda filem barat yang mengagungkan bahawa mereka adalah yang terbaik dan mereka juga menganggap tiada yang hebat melainkan mereka. Antaranya yang dapat dilihat setiap kali misi penting mahupun kemenangan sesuatu peperangan bendera yang menjadi kebanggaan itu mesti fokuskan dengan megahnya berkibar.

SW memohon kemaafan sekiranya ada yang kurang enak mahupun tidak puas dengan artikel mengenai filem terbaru yang menjadi igauan ramai ini tetapi ini adalah hakikatnya.

Bukan untuk membangkang mahupun menghalang anda untuk menonton filem ini tetapi sekadar berkongsi pendapat untuk anda semua dengan sedikit ilmu yang SW perolehi dan anda juga mungkin mempunyai pendapat anda sendiri.

Anda layak bersuara menyatakan pendapat anda mengenai filem yang dihasilkan oleh negara barat samada untuk kearah positif mahupun negatif.

Tidak dinafikan sudah sememang filem ini menghiburkan dan penuh aksi yang bergelumang dengan teknologi canggih era globalisasi masa kini.

Thumbs Uplah Transfomers 3!! Tetapi alangkah indahnya sekiranya negara kita dapat menghasilkan filem yang sebegini rupa. Baru dunia kenal saper Malaysia!!! Hehehehehe......

SW

Credit to my friend: Sofee Wahab. Sub Manager Of HPM

0 comments:

Post a Comment