Sesekali Si Pipit juga terasa hendak berbicara soal 'politik'. Dasarnya, Si Pipit tidaklah berminat tentang politik, hatta sampai suatu hari Pipit termenung. Tidaklah burung jika tidak bercakap tentang 'awan politik' yang kadang-kadang cerah dan kadang-kadang mendung. Maka dengan itu Pipit cuba mencari info yang menarik tentang Politik untuk dikongsi bersama burung-burung yang membaca.
Walaupun pipit hanya pipit dan mustahil bagi pipit menyaingi Sewah dan Samarani di pentas angkasa politik. Namun, pipit juga lah yang menjadi subjek "pemakanan" dan "kekuasaan" Sewah dan Samarani di luar sana. Jadi, secara demokrasi dan semulajadinya maka dibolehkan Si Pipit berbicara hal ehwal isi angkasa politik itu tanpa halangan mahupun pemburu.
Pipit dengan penuh rasa rendah dirinya ingin berkongsi informasi tentang SIAPAKAH BAKAL MENTERI BESAR KEDAH pada penggal akan datang. (bukan Pipit hendak meramal masa hadapan, TIDAK SAMA SEKALI! itu syirik!, Pipit cuma memberi 'kemungkinan' secara 'kronologi'). Diakhir omongan Pipit akan Jelaskan isi topik. Emm, Pipit percaya telah ada yang mengetahuinya, tetapi pipit yakin lebih ramai yang tidak mengetahuinya.
Pipit bukanlah pengampu Sewah, maka bukan jugalah pengampu Samarani. Pipit hanyalah rakyat Kedah yang melihat dan berfikir.
Memandangkan PRU 13 pun sudah hampir, makanya perlu juga pendedahan ringkas untuk dikongsi kepada sekalian burung yang belum pernah merasai udara PRU sebelum ini. (termasuklah Si Pipit).
SITUASI KEDAH 2011
Selepas kemenangan PRU penggal lepas, bumi Kedah kini di perintah oleh SANG SEWAH. Sewah itu alhamdulillah, keperibadiannya baik, rasanya jagat burung di tanah jajahan Bukit Bangi juga mengetahui tentang keperibadiaan Sewah, ini adalah kerana suatu ketika dahulu, Sewah itu pernah menjadi Pensyarah di sekalian bumi UKM. Maka sekalian burung disana lebih mengetahui tentang ilmu dan sifat Sang Sewah itu. Pipit yakin.
Cerita Pipit hanya tertumpu pada jajahan Sewah sekarang ini, Bumi Kedah agak tenang, setenang riak muka Sang Sewah. Sesekali ada jugalah hikayat dan 'saintifik' berita yang menonjolkan kelemahan pemerintahan Sewah di bumi Kedah. Namun secara peribadinya, Si Pipit melihat sendiri kehebatan Sewah menanganinya. Dari awal Pipit katakan, Pipit bukan pengampu, pipit hanya rakyat yang melihat dan berfikir.
Adapun di pihak lawannya adalah SANG SAMARANI, Samarani yang yang bertanding di N12. Pemerhatian pipit terhadap fizikal Samarani juga menunjukkan kebaikkan, InsyaAllah.
'KEMUNGKINAN' SECARA 'KRONOLOGI'
Berbalik kepada topik, SIAPAKAH BAKAL MENTERI BESAR KEDAH?
Jawapannya: Anda yang tentukan!
Jika PAS dan sekutunya menang majoriti, maka MB ialah Ustaz Azizan Bin Abd. Razak. (Sewah)
Jika Barisan Nasional dan sekutunya menang majoriti, maka secara kronologinya MB ialah Ahmad Bashah Bin Md Hanipah. (Samarani)
Maka sekalian burung di bumi Kedah ni, sila-silalah buat keputusan yang terbaik.
Jika anda masih selesa dan sayang dengan Ustz Azizan, maka undilah PAS.
Jika anda percaya dan yakin akan kepimpinan Datuk Bashah, maka undilah BN.
Keputusan ditangan anda.Jika sekalian burung bertanya si Pipit di sebelah mana? Pipit akan menjawab, Pipit hanya ilusi dan undi Pipit rahsia.
Jika sekalian burung tidak percaya 'kemungkinan' yang Pipit katakan diatas, silalah kaji dan bertanya kepada burung yang lebih ahli. Pipit dengan penuh yakin, jawapannya adalah sama sepertimana Pipit kongsikan.
PENGALAMAN PIPIT
Minggu lepas, Pipit pergi ke SPA6 (state/negeri) di Wisma Darul Aman, untuk suka-suka nak ambil tahu pasai punca pembekuan jawatan kerajaan yang diwar-warkan kerajaan baru-baru ini. Walaupun Pipit bukanlah graduasi lagi, tapi tidak salah Pipit nak ambil tahu kan?. Al-Quran kata, kalau xtau, tanya orang yang tau. tak kisah bidang apa pun.
Setibanya di kaunter SPA, seekor burung pun tiada ketika itu kerana masa lunch belum habis. 15 minit lepas tu muncul seekor burung berusia 40-an. Pipit pun berboraklah dengan burung berkolar putih itu (orang mahir). Asyik bersembang, tiba-tiba termasuk nama Ustaz Azizan dalam topik tu. Lepas tu mulalah dialog ni:
Burung A: Ustaz Azizan tu bagus, ramai kakitangan suka cara dia, saya respect cara kerja dia. Tapi terus teranglah saya cakap, "saya UMNO".
Pipit senyum jer. (dalam hati, hooo betullah sangkaan aku, tgk gaya pun boleh agak).
Burung A: PAKATAN menang majoriti di Kedah penggal lepas pun disebabkan pengundi UMNO ramai yang inginkan perubahan. jadi ramai Umno pangkah PAS.
(dalam hal tu, Pipit pun bersetuju ) Pipit terus senyum kambing jer (dalam hati, kenapa tak declare PAS jer dah undi PAS, kata nak perubahan hehe).
Seolah-olah dia dengar suara hati Pipit, dia pun membalas:
Burung A: saya Undi PAS kejap jer, Nanti undi BN balik!.
katanya lagi: kita beri peluang pemerintahan baru, lagipun kita dah tak mau orang lama-lama ni. Yang paling penting kita sebagai rakyat ni nak kebajikan dari pemerintah disamping attitude wakil yang kita undi tu.
hah! Pipit dengar jer ayat tu, mulalah nak saraf-sarafkan burung tu. lepas tu Pipit bersuara perlahan...
Pipit: Abang, minta maaf lah saya tanya... saya nak tanya pandangan abang lah... kalau secara urutan kronologinya, kalaulah UMNO menang majoriti PRU 13 kt Kedah ni, yang akan naik jadi MB ialah Datuk Bashah, betul?
Burung A: mengangguk jer.
Pipit: Pandangan abang pasai Datuk Bashah macam mana?
Adapun, tersentaklah burung itu mendengar soalan tak cerdik dari Pipit. Lepas tu perlahan dia bersuara.
Burung A: Pendidikan dan Ilmu jugak penting kalau nak jadi MB ni, tu agak beratlah abang nak cakap. Kamu pun tahu kan tahap pengajian Datuk macam mana..
Pipit pun hangguk jer lah, memang pernah jadi isu hangat suatu ketika dulu tentang tahap pendidikan dia. Buah last yang Pipit tinggalkan untuk burung tu:
"Lepas ni, abang "terpaksa" undi PAS lagilah jawabnyer". (dalam hati, Kah...kah...kah...kah... kan senang kalau abang declare PAS jer, Kalau dah semua pemimpin UMNO kt kedah ni x dapat tepati ciri-ciri yang abang nak, apa rasionalnya lagi dengan UMNO menurut abang)
Lepas hampir sejam kami berborak, jawapan mengenai SPA yang Pipit nak pun dah dapat, jadi kami pun bersurai lah. itulah ceritanya.
Moral The Story
Kadang-kadang pengundi ni tak tengok parti sangat pun, tapi tengok wakil parti tu. kalau wakil parti tu diyakini dan mampu menjaga kebajikan rakyat, maka undilah dia. macam mana nak tau dia boleh ke tidak kalau tak naik tempat tu lagi?? mudah jer jawapannya... kalau wakil tu ada pegangan Islam yang kukuh, percaya atau tidak, dia mampu buat apa pun kebajikan kerana Allah besertanya.
Samada Ustaz Azizan mahupun Datuk Bashah, kedua-duanya helang di angkasaraya... yang membezakan mereka adalah... anda ada jawapan itu wahai sekalian rakyat Kedah. Pilih lah siapa yang anda nak buat Menteri Besar.
Ada Yang Lebih Mengetahui.
Tukang Kebun
Tukang Kebun
0 comments:
Post a Comment