SALAHKAH JIKA DIBERIKAN...
Abu dan Ali merupakan kawan baik, belajar bersama, ulangkaji bersama, membuat latihan bersama, menjawab soalan yang sama dengan persembahan yang sama (maklumlah buku rujukan pun sama).
Pada 21 April 2032, Ali dan Abu menduduki peperiksaan di sebuah Institusi Pengajian Angkasa. Berdasarkan ilmu yang ada, mereka menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Dua bulan kemudian, result peperiksaan diumumkan. Ali mendapat poiter 6.0, manakala Abu mendapat pointer 1.0. Pada mulanya Abu agak kecewa, selepas mendapat nasihat daripada Ali, Abu pun membuat semakan semula. Bayarlah 2500 rupee. Hasil dari semakan semula result Abu naiklah ke 3.0. Bersyukurlah beliau walaupun result kawannya dua kali ganda daripadanya, tidak muncul isu dengki dan iri hati, sebabnya mereka mendapat didikan agama yang cukup untuk merasionalkan keadaan tersebut. ilmu manusia tidak akan sama sekalipun lahir dari benih yang sama.
Tidak beberapa lama kemudian, Ali dan Abu berpakat untuk mengkaji semula ilmu yang pernah dituntut pada semester lepas, persoalan pointer tidak lagi penting, sekarang isunya adalah persoalan 'ilmu'. Apa yang Ali dan Abu perlukan kini adalah "SKEMA JAWAPAN". untuk mengetahui apa yang membezakan jawapan Ali dan Abu. Sedikit sebanyak Abu boleh membetulkan kefahamannya dengan melihat jawapan yang betul. sekurang-kurangnya tidaklah dia terus berpegang dengan kefahamannya yang tidak tepat.
Namun 'khabar gembira' yang mereka perolehi daripada guru mereka adalah,
"kamu tidak perlukan skema jawapan, soalan yang ditanya adalah apa yang diajar di dalam kuliah"
Khabar gembira itu "sangat diperlukan" untuk menempuhi semester baru, namun bagaimana dengan subjek-subjek pada semester lepas?
-Tamat-
Soalan-Soalan yang tidak penting bagi mereka yang cemerlang dalam peperiksaan.
Jika Sistem Peperiksaan diadakan bertujuan untuk meningkatkan daya intelektual, inovatif, produktif, dan lain-lain daya positif bagi pelajar...
1. Mengapakah skema jawapan tidak diedarkan selepas keputusan peperiksaan diumumkan?
2. Dan mengapa kertas jawapan perlu dilupuskan dalam tempoh yang terdekat? (mesti ada yang menjawab "lambakkan", tapi itu tidak relevan jika dibandingkan dengan lambakkan sampah sarap yang Malaysia tanggung selama ini) pelupusan kertas dan kayu 100> kali ganda lebih cepat daripada polimer dan plastik-plastik di cafeteria, mengapa perlu lupus cepat-cepat kertas ilmu?
3. Adakah dengan mengedar skema jawapan selepas peperiksaan akan membuatkan pendidik-pendidik kegersangan idea membuat soalan-soalan baru untuk tahun-tahun hadapan?
4. Ataupun, pendidik tidak mengikut skema, dan menghukum berdasarkan ilmu sendiri?
5. Adakah dengan kegiatan membiarkan pelajar "meraba mencari jawapan 'AKU SALAH JAWAB DI MANA YER?" boleh membuatkan pelajar tersebut mencapai tujuan-tujuan sistem Peperiksaan diatas.
6. Memang benar jika edarkan skema jawapan, akan membuatkan pelajar-pelajar lebih prefer untuk "hafal" daripada "faham". Tapi bukankah yang membuat soalan-soalan peperiksaan terdiri daripada ahli-ahli akademik yang "bijaksana"?
7. Adakah sudah sampai 'limit' ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang itu, sehingga skema jawapan untuk bidang itu tidak dapat diedarkan ? kerana khuatir kelihatan kecetekkan bidang itu?
8. Adakah pendidik-pendidik risau mereka tidak mampu fikirkan lagi soalan apa untuk diberikan kepada pelajar jika segala soalan telah diberikan jawapan "skema"?
Berbalik kepada tujuan diatas: sekalipun skema jawapan diedarkan (tak kisahlah samada diperingkat Menengah mahupun Universiti), tidak sama sekali menghalang atau mengekang daripada pelajar meningkatkan daya intelektual, inovatif, produktif, dan lain-lain daya yang positif.
Jika tanpa skema, maka jawapan tersebut adalah relatif dan fleksible. jika sesuatu itu relatif dan fleksible, maka salahnya dimana?
Manusia bukan Tuhan. Ada yang lebih Mengetahui
Tukang Kebun
Tukang Kebun
0 comments:
Post a Comment