Content

Sophostic

Saturday, 2 July 2011


Memartabatkan segala aspek dalam kehidupan sebagai ilmu. Ilmu bukanlah hanya pada catatan kertas semata-mata. Ilmu adalah suatu yang sangat luas. Tidak hanya golongan kaya dan ahli akademik sahaja baru dikira berilmu. Semua manusia berhak keatas ilmu. Tuntutlah ilmu sehingga ke penghujung nyawa. Meskipun manusia itu tidak diiktiraf oleh manusia, percayalah... segala ilmu yang dituntut pasti ada ganjarannya. Mungkin tidak berguna bagi mereka, tetapi berguna untuk kita. Redha Tuhan yang utama.


Andai mereka mampu...
Mengapa tidak aku?
bilang sahaja,itu...
bukanlah matlamat hidup ku.

adalah aku telah langkaui detik itu
saat 'satu' menjadi milik aku

kini,
aku sudah letih lesu
melihat, menatap insan berilmu tapi dungu
tidak ada pengajaran baru
yang ada hanyalah seteru
tidak lagi aku mahu.

Andai mereka tumpu...
impian kita sama tuju
impian hidup tanpa belenggu.
impian hidup bersatu

Andai mereka tahu...
Mengapa tidak aku?
mungkin saja aku tidak mahu...

segalanya caturan ilmu.
bukan lagi taruhan angka 'satu'.
ke arah itu.
kita yang tentu,
keizinan yang 'Satu'.

Tukang Kebun

0 comments:

Post a Comment