Content
Sastera Juga Falsafah?
Saturday, 2 July 2011
UNGGUN BERSIH – A.SAMAD SAID
Semakin lara kita didera bara
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita demokrasi luka;
lama duka kita demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
Credit: samadsaid.wordpress.com.
Dibawah terdapat sedikit nota untuk dikongsi. Apa-apa pun, saya percaya bahawa hanya orang yang berfikir dan ahli sejarah sahaja yang mampu menghuraikan puisi tulisan Pak Cik Samad diatas. Sangat mendalam maksud yang tersirat disebaliknya, apa yang saya mampu huraikan hanyalah... Rakyat inginkan kebebasan dan keadilan, Impian rakyat itu sudah lahir dari dulu, cuma masa dan keadaan sahaja yang akan menentukan. Tidak ada rakyat yang suka diberi tekanan, sikit-sikit akta tu sekat, sikit-sikit akta ni kawal. Sebagai misalan, penyair telah menyebut nama tokoh gerakan, aktivis Revolusi Amerika yang pernah menentang kerajaan British suatu ketika dulu.
Apa yang Pak Cik Samad analogikan, sangat tepat... Sistem Pemerintahan Malaysia, ibarat copy n paste Sistem British yang Amerika gunakan. Tri-System... Sistem Pelaksana , Sistem Perundangan dan Sistem Kehakiman... Samuel Adams dan rakan-rakan seperjuangannya pernah menentang sistem kerajaan British suatu ketika dahulu. Peristiwa itu menjadi sejarah penting bagi rakyat Amerika hingga kini, Peristiwa "Tuang Teh Ke Laut Di Perlabuhan Boston" bagi menunjukkan protest terhadap pemerintahan British. Untuk pengetahuan kita, pada ketika itu pengekspotan 'Teh' merupakan hasil pendapatan yang menguntungkan kerajaan British. Teh yang dibuang bukan secawan, tapi berkapal-kapal.
Pencerahan maksud Penyair menganalogikan Samuel Adams.
Siapa Samuel Adams?
Ahli Falsafah Politik,
Bapa Republika,
Salah seorang Bapa kemerdekaan Amerika sebaris dengan (John Locke, Bapa Liberalisme) dan (Benjamin Franklin muka ada diatas satu Dollar tu).
Ketua gerakan Revolusi Amerika
Gabenor Massachusetts.
Krisis Kerajaan Dengan Rakyat
Akta Townshend 1767 dan tragedi pembunuhan di Boston 1770
Pada tahun 1767, Parlimen meluluskan Akta Townshend yang mengenakan cukai ke atas barangan penting seperti kertas, kaca dan teh. Cukai ini menimbulkan kemarahan penduduk koloni dan mereka memboikot barangan British. Di Boston pada 5 Mac 1770, satu kumpulan askar British di kepung orang ramai. Mereka membaling batu dan kepalan salji ke askar tersebut yang menyebabkan salah seorang jatuh. Keadaan menjadi tegang dan askar-askar menembak orang ramai. Sebelas orang terkena tembakan, tiga orang awam terbunuh dan dua lagi meninggal dunia selepas insiden. Peristiwa ini dikenali dengan Pembunuhan Boston. Walaupun askar tersebut dibicarakan dan dibebaskan dari tuduhan membunuh, peristiwa ini menaikkan sentiment menentang British. Ia juga memburukkan hubungan di antara Britain dan Wilayah Massachusetts.
Akta Teh 1973
Pada bulan Jun 1772, satu peristiwa penting yang dikenali sebagai Peristiwa Gaspée berlaku apabila sebuah kapal perang British yang menguatkuasakan peraturan perdagangan tidak popular dibakar oleh kumpulan Patriot. Pada 16 Disember 1773, sekumpulan lelaki yang diketuai oleh Samuel Adams dan memakai baju kaum Indian Amerika, menaiki kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris dan membuang teh bernilai lebih kurang £10,000 (lebih kurang £636,000 pada tahun 2008) di atas kapal ke dalam laut. Peristiwa ini dikenali sebagai Jamuan Teh Boston dan kekal menjadi peristiwa penting bagi rakyat Amerika. (Revolusi Amerika)
Akta Pelabuhan Boston dan akta-akta menekan lain
Peristiwa di pelabuhan Boston telah menimbulkan kemarahan pihak British (Kerajaan) dan membawa kepada pengenalan Akta Pelabuhan Boston serta akta-akta lain (Akta Kerajaan Massachusetts, Akta Pentadbiran Keadilan dan Akta Kuartering) yang dipanggil “Intolerable Acts”. Undang-undang ini merupakan tindakbalas serius British terhadap penduduk di Boston. Akta ini telah meyebabkan pelabuhan di Boston ditutup dan perdagangan di sini digantung sehingga penduduk membayar ganti rugi di atas kemusnahan teh di Boston. Selain itu, Akta Kerajaan Massachusetts telah meletakkan Massachusetts di bawah kawalan gabenor. Ini menyebabkan kebebasan penduduk koloni bertambah terhad dan akta ini juga terlalu menekan. Di samping itu keadaan politik yang liberal menyebabkan penduduk koloni mula merasakan kebebasan mereka telah disekat. Akta dan cukai yang diperkenalkan menimbulkan amarah kepada rakyat yang menghadkan kebebasan mereka di negara sendiri apatah lagi dengan berkembangnya idealogi liberalisme di Eropah telah banyak mempengaruhi penduduk koloni terutama tokoh-tokoh yang menggerakkan Revolusi Amerika. Kongres Kontinental Pertama mengisytiharkan akta-akta ini sebagai tidak mengikut perlembagaan dan memanggil orang ramai menubuhkan militia dan Wilayah Massachusetts untuk menubuhkan kerajaan Patriot.
Penentangan politik rakyat Amerika
Penentangan politik rakyat Amerika pada mulanya dibuat melalui perhimpunan seperti Kongres Akta Setem yang dihadiri wakil dari semua tiga belas koloni. Pada tahun 1765, Sons of Liberty ditubuhkan yang menggunakan demonstrasi, keganasan dan ancaman untuk memastikan tiada penguatkuasaan undang-undang cukai British. Walaupun penentangan dinyatakan secara terbuka, penduduk koloni masih menggunakan petisyen dan rayuan campur tangan monarki yang mereka masih hormat. Pada akhir tahun 1772, selepas Peristiwa Gaspée, Samuel Adams menubuhkan Jawatankuasa Koresponden (Jawatankuasa Perhubungan) yang menghubungkan Patriot di seluruh tiga belas koloni. Ini menyediakan rangka bagi kerajaan pemberontak. Pada awal 1773, koloni terbesar iaitu Virginia menubuhkan Jawatankuasa Korespondennya sendiri di mana Patrick Henry dan Thomas Jefferson berkhidmat. Sebagai reaksi kepada Akta Kerajaan Massachusetts, Teluk Massachusetts dan koloni lain menubuhkan kerajaan sementara yang dipanggil Kongres Wilayah. Pada tahun 1774, Kongres Kontinental ditubuhkan yang terdiri daripada wakil dari setiap Kongres Wilayah atau yang setaraf dengannya untuk berkhidmat sebagai kerajaan kebangsaan sementara.
Kesimpulan: Analogi A Samad Said tentang tekanan British terhadap (rakyat), sangat bersesuaian dengan Isu Bersih yang menyatakan tekanan rakyat terima daripada kerajaan.
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
Adakah Pak Cik Samad menyokong Himpunan Bersih? itu tidak diketahui dengan jelas, namun apa yang pasti tulisan tersebut menyokong kebangkitan rakyat yang ditindas.
Tukang Kebun
0 comments:
Post a Comment