Content

Lain Dari Yang Lain, Pelik Kah?

Saturday, 2 July 2011


Penjelasan mengapa aku gagal menamatkannya pada waktu yang ditetapkan

Semuanya adalah salah aku, demi mencapai kebahagiaan aku_

Manusia tidak akan tahu tarikh kematiannya. Apa yang manusia tahu ialah sesuatu yg boleh membahagiakan dia. Dia akan mencari kebahagiaan itu, tanpa memikirkan masa dan tempat. Salah satu kebahagian dalam diri manusia ialah ‘mencari ilmu’. Mencari ilmu adalah ibadah, setiap tindakan manusia akan menghasilkan ilmu, jika manusia beranggapan bahawa setiap sesuatu adalah ilmu, tidak akan wujud sama sekali istilah ‘rugi’, dengan maksud tidaklah manusia rushing dan terikat dengan ideologi yg menyatakan ‘jika aku gagal mendapatkan itu, maka aku rugi’… Manusia akan buat yang termampu untuk mencapai kebahagiaan itu, walaupun dimana dan selama mana, manusia tidak lihat pada apa yg rugi jika manusia sedar, ketetapan takdir adalah hak Allah Taala, dan manusia menguruskan Tadbir mengejar kebahagiaan yg bersesuaian kehendak tuhan.

Jika manusia gagal, Disitu manusia letakkan istilah ‘al-hikmah, mungkin ada hikmah disebalik itu’, atas alasan apa ungkapan ini dilafazkan?, adalah untuk ilmu, sabar adalah ilmu. Tidak kurang ajar adalah ilmu.

Material adalah kekangan utama kepada menuntut ilmu, akan wujud istilah ‘rugi duit, jika manusia tidak belajar bersungguh-sungguh di pusat pengajian berbayar’…Benar, namun ilmu bukan untuk dijual beli, Material boleh dicari, boleh diusahakan, namun masa, tempoh kehidupan tidak boleh di ‘undo’. Apalah sangat yang ada daripada pusat pengajian berbayar jika dibandingkan dengan kehidupan yang Tuhan beri, sekiranya manusia ada duit, 20 tahun sekalipun boleh saja manusia perolehi ilmu dari pusat pengajian berbayar. Silibusnya sama.

Sedikit contoh, seorang pelajar berusia 18 tahun yang tidak punyai masalah kewangan diusianya, anak orang kaya, logikalnya dia adalah pelajar, namun dalam masa yg sama dia bekerja sebagai agen pemasaran syarikat secara part time. Secara rambang memang dia tidak perlu kerja sampingan pun, tp secara ilmunya, itu bekalan dia dimasa akan datang, ilmu tentang pemasaran. Dia kehilangan sesuatu, dan peroleh sesuatu yg lain. Yang dia kehilangan adalah tumpuan terhadap ‘pelajaran formal’, apa yang dia perolehi pula adalah ‘ilmu tidak formal’. Kedua-duanya juga adalah ilmu, bermanfaat dalam kehidupan. Jadi masih adakah istilah rugi? Bagaimana dgn rakan-rakannya yg lain, memperolehi ‘ilmu formal’, tetapi tidak ada ‘ilmu tidak formal’. Kedua-duanya adalah penting, jadi masih adakah istilah rugi bagi mereka?. Manusia diasuh dengan sistem, sesiapa yg tidak belajar secara sistem formal maka dia rugi, bagaimana dgn tukang kebun, rugikah dia disisi Tuhan? Rugi pada sudut pandang manusia yang lain, namun itu kebahagiaanya.

Jika pemikiran manusia masih beranggapan bahawa ilmu hanya akan didapati secara sistem formal, manusia itu salah. Tuhan menyatakan melalui Nabi saw, tuntutlah ilmu sampai mati. Namun tidak dinyatakan ilmu sebagaimana dan ilmu apakah, tetapi di takyidkan dgn ilmu yang bermanfaat sahaja. Jadi persoalannya adakah ilmu yang bermanfaat hanya mampu diperolehi daripada sistem formal semata-mata?

Kehidupan akan terus berjalan, masa akan terus berlalu, tarikh kematian semakin hampir. Namun adakah demi ilmu kehidupan manusia?. Adakah hanya pelajar kolej, Universiti dan pusat pengajian sahaja yang dikira oleh Tuhan sebagai penuntut Ilmu?.

Manusia tidak akan mampu berdiri dan duduk dalam satu masa secara serentak. Manusia akan pilih salah satu yang mana lebih memberi nilai kepadanya. Pilihan yang manusia lakukan itu adalah utk mencapai kebahagiaannya, Peluang dan ilmu tidak formal yang Tuhan beri bukan sentiasa berlarutan sepanjang tempoh, kadang-kadang hanya sekali seumur hidup, namun peluang utk ilmu formal di pusat pengajian berbayar, asal ada duit, akan dapat ilmu itu. kerana silibusnya sama sahaja setiap tahun.

Sekalipun manusia itu dimarahi dan disalah erti, manusia itu tidak pernah menyalahkan manusia lain, manusia itu sayang setiap guru dan shbt yg dikenalinya, manusia itu dididik agar tidak menyalahkan org lain dalam setiap hal, semua kesalahan berbalik kepada manusia itu sendiri. Manusia perlu sedar bahawa setiap individu mempunyai kebahagiaan yang berbeza. Pendirian juga berbeza. Namun matlamatnya sama, redha Tuhan dalam kehidupan.

Manusia akan tetap mengejar kebahagiaan, tanpa memikirkan masa dan tempat. Kerap kita dengar dari ceramah agama, kata Ustadz: “ Rumah yang bahagia, tidak semestinya besar”. Adakah masih rugi jika dia tidak memiliki rumah yang besar?, namun dia bahagia. Ada yang Lebih Tahu.

Tukang Kebun

0 comments:

Post a Comment