Content

Kertas Kerja Percutian Langkawi 2011

Tuesday, 28 June 2011


1.0       TUJUAN

              Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memberitahu kepada rakan-rakan sekalian bahawa bekas pelajar sekolah Maktab Mahmud Pokok Sena (MMPS) sesi 2001 hingga 2005 akan mengadakan aktiviti percutian di Pulau Langkawi selama tiga hari dua malam. Bagi rakan-rakan yang berminat dan berkesempatan untuk mengikuti aktiviti tersebut sila baca butiran-butiran seterusnya. Bagi rakan-rakan yang tidak berminat, sila abaikan kertas kerja ini. Sebarang kritikan dan pindaan tidak akan dilayan. Terima kasih.


2.0       PENGENALAN/LATAR BELAKANG

2.1              Aktiviti Percutian atau lebih dikenali sebagai aktiviti “reunion” yang ingin dilakukan ini merupakan suatu aktiviti yang julung kalinya akan diadakan. Sebelum ini aktiviti reunion untuk bekas pelajar sesi 2001-2005 pernah diadakan dan telahpun diadakan di beberapa lokasi di sekitar negeri Kedah Darul Aman namun ia berbeza dari sudut konsep.
2.2              Terdapat dua bentuk konsep reunion yang boleh diadakan. Pertama, reunion yang tidak mengambil masa yang panjang, misalnya Makan-Makan, Kenduri rakan-rakan, Majlis Buka Puasa, Baraan Hari Raya Aidul Fitr dan lain-lain aktiviti yang singkat. Kedua, reunion yang berbentuk percutian dimana-mana lokasi pilihan. Kertas kerja ini dikemukakan untuk memberi gambaran tentang reunion jenis yang kedua. Reunion yang berbentuk percutian.
2.3              Rakan-rakan Ex-Students MMPS 01-05 Group kerap menganjurkan aktiviti reunion bentuk yang pertama. Sambutan yang diperolehi sangat menggalakkan, Syabas. Namun, untuk aktiviti berbentuk percutian belum pernah diadakan oleh Ex-Students MMPS 01-05 Group. Sila rujuk Lampiran D.
2.4              Lahirnya idea untuk menjalankan aktiviti percutian ini adalah hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan yang sudi memberi sedikit masa dalam usaha untuk merapatkan hubungan di kalangan bekas pelajar MMPS sesi 2001-2005 dan ahli keluarga. Selain itu, program ini juga dapat memberikan ruang kepada peserta yang terlibat untuk merehatkan fikiran di samping dapat menjernihkan kembali hubungan yang telah sekian lama keroh dan pudar.                                                                                                                 

3.0       MISI

Menjadikan aktiviti percutian ini sebagai penggerak kepada bekas pelajar MMPS sesi 2001-2005 mengadakan aktiviti reunion yang lebih berkesan di masa akan datang !!!


4.0       MATLAMAT
           
4.1       Percutian ini diadakan bukan sekadar untuk menukar nombor telefon atau alamat sesama kawan-kawan semata-mata. Yang paling penting adalah beri peluang kepada kita kenal semula kawan-kawan lama.
”We will appreciate something when we needed or we lose it, something that we needed is friendship, so appreciate it all the time.”

4.1       Mewujudkan kerjasama yang kuat dikalangan semua kawan-kawan dan memantapkan semangat cinta dan sayangkan sesuatu hubungan.
”most wonderful creation after mother is relationship with friends. you can’t deny that you’ll need some ears when you’re in misery” who’s that?

4.3       Menghapuskan segala jurang perbezaan status, akademik, kerjaya, rupa paras, dan segala bentuk yang menjadi penghalang kepada komunikasi sesama kawan-kawan.
”mungkin kali terakhir kita berpisah sewaktu sekolah dahulu, masing-masing masih berhingus dan ”nobody”, tetapi kini masing-masing berbeza dari aspek pemikiran, gaji, pendidikan dan prinsip hidup. Namun jangan sesekali merasakan diri sudah cukup hebat, jika seorang kawan kita tidak mampu untuk hormat, bagaimana kita boleh cakap kita hebat? Walaupun terdapat jurang perbezaan tersebut dikalangan kawan-kawan, hargailah kawan-kawan  anda. Mungkin hari ini dia ”nothing”, esok lusa siapa tahu?”


5.0       OBJEKTIF

5.1       Merapatkan hubungan di kalangan semua bekas pelajar MMPS sesi 2001-2005.
5.2       Menggalakkan setiap ahli saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat dan dapat berkomunikasi dengan lebih baik. Tidak ada istilah rendah diri dan meninggi diri sesama kawan-kawan kerana kita lahir di gedung yang sama. Sekolah Menengah Agama Raudhatul Ulum Langgar (SMURUL) atau lebih dikenali sebagai Maktab Mahmud Pokok Sena.
5.3       Memberi ruang kepada kawan-kawan ”menenangkan fikiran” setelah penat ”bekerja” dan ”belajar” disamping dapat berkomuniti dan berkomunikasi bersama  kawan-kawan sebagai satu KELUARGA walaupun berlainan latar belakang keluarga.


6.0       TEMA

“Kita Pernah Berkawan, Kita Sedang  Berkawan, Dan Kita Akan Terus Berkawan”



7.0       ANJURAN
   
            Teh 'O' Ais TEAM
            Alumni Tidak Rasmi Maktab Mahmud Pokok Sena SESI 2001-2005


8.0       TARIKH DAN MASA

 Program ini akan diadakan pada:
Tarikh  :  16-18 Jun2011 (Khamis, Jumaat dan Sabtu)
Masa    :  Rujuk Tentatif (jadual aktiviti)



9.0       TEMPAT PROGRAM

 Di Pantai Chenang, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Nama Hotel: Lanconds Hotel, berhadapan Kompleks Underwater World Pantai Chenang


10.0     PUBLISITI

            10.1     FACEBOOK.

            10.2     Maklumat akan diberitahu kepada setiap kawan-kawan melalui sistem yang telah
                        dibuat oleh kawan-kawan yang melaksanakan aktiviti percutian ini.

            10.3     Maklumat juga akan diberitahu melalui telefon.                    
         

11.0                      PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
  • Jumlah peserta = 15 orang *SAHAJA
1)       10 orang Bekas Pelajar Sesi 2001-2005
2)        5 orang dikalangan sesiapa yang berminat.

     *Masih boleh dipertimbangkan


12.0     STRUKTUR ORGANISASI

            Rujuk lampiran A


13.0     TENTATIF PROGRAM

            Rujuk lampiran B


14.0     PERINCIAN  AKTIVITI PROGRAM


Segalanya akan diberitahu dalam taklimat ringkas oleh  Pihak Pengurusan aktiviti percutian ini. Secara ringkasnya. Tidak terikat dengan jadual, Hanya perlu beri perhatian masa-masa tertentu yang memerlukan peserta “punctual”. Solat, akan disediakan sejadah, peserta boleh solat di bilik masing-masing. Kita tidak dapat sediakan surau/musalla/Masjid. Kecuali kenderaan disediakan untuk peserta lelaki pergi menunaikan solat Jumaat.


1.         Majlis Suai Kenal. Diadakan pada malam pertama ketika di Pulau Langkawi. Diadakan secara santai ketika Majlis Makan Malam ataupun di tepi persisiran Pantai Chenang. Mengikut kesesuaian cuaca dan keadaan.


2.         Tunjuk Bakat. Diadakan pada malam kedua ketika di Pulau Langkawi. “Brief” akan diberikan oleh Pihak Pengurusan berkaitan aktiviti tersebut.

3.         Kenangan Langkawi. Diadakan pada malam kedua ketika di Pulau Langkawi. Ia merupakan aktiviti  tukar-tukar hadiah. Setiap perserta diminta membeli satu hadiah (buah tangan @ cenderahati) untuk ditukar dengan peserta-peserta lain. Kaedah pertukaran tersebut akan diaturkan oleh Pihak Pengurusan. Hadiah yang dibeli hendaklah minimum (tidak kurang) daripada RM10.

4.         Tour”. Pengembaraan ke lokasi-lokasi menarik sekitar Pulau Langkawi. Dilakukan secara berperingkat pada hari pertama dan hari kedua.

            i.          Tanjung Rhu-Taman Burung-Taman Buaya
            ii.          Padang Matsirat-Makam Lagenda Mahsuri (*)
  1. Pantai Chenang-Underwater World
  2. Gunung Mat Chincang-Kereta Kabel (*)
  3. Telaga Tujuh
  4. Shopping Island-Jetty Point

 “Tour” yang bertanda (*) tersebut sudah termasuk dalam bayaran yang peserta keluarkan. Manakala yang tidak bertanda (*), peserta perlu keluarkan duit sendiri untuk membeli tiket.



15.0     MODAL/BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0     PIHAK URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila hubungi:
            Encik Sofee Wahab :                          012-3629172
            Encik Khairul (Pak Din) :                     012-5659099
            Encik Hadi Azizan :                             017-4170045
            Cik Nur Hidayah Ali Bashah:               017-5987902
            Encik Safwan Heris :                         012-4195074



17.0     SYOR/ PENUTUP

17.1     Dengan ini, diharapkan supaya aktiviti percutian ini akan mendapat sambutan daripada rakan-rakan yang berminat dan berkelapangan.
17.3     Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu moral dan modal demi menjayakan aktiviti percutian ini. Terima kasih diucapkan, semoga ia akan dapat berjalan dengan lancar kelak, InsyaAllah.

Disediakan oleh:                                                                       
………………………
Encik Safwan Heris
Penasihat/ SU/ Runner/ Tujang Kebun

Disahkan oleh:
………………………
Encik Sofee Wahab
Ketua Pengarah
Percutian Ex-MMPS sesi 01-05 (Tahun 2011)
Alumni Tidak Rasmi MMPS 01-05



                                                                                                                            LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI
PERCUTIAN EX- STUDENTS MMPS 01-05 (2011)


Ketua Pengarah
Encik Sofee Wahab (Alor Setar)

Timbalan Ketua Pengarah
Encik Sofee Wahab (Alor Setar)

Setiausaha
Encik Sofee Wahab (Alor Setar)

Bendahari
Encik Hadi Azizan (Alor Setar)

Pengarah Perhubungan Awam       : Encik Hadi Azizan (Alor Setar)
/Cenderamata                                   


Pengarah Pemasaran/ Publisiti      : Encik Sofee Wahab (Alor Setar)
                                                                  Cik Nur Hidayah (Bukit Kayu Hitam)

Pengarah Teknikal                           : Encik Azuan Ishak (Langgar)
                                                           

Pengarah Keselamatan & Pengangkutan : Encik Hadi Che Yob
                                                                              (Langkawi)                                                         

Pengarah Kebajikan & Tugas-tugas Khas  : Encik Badrul Naim (Derang)
                                                                                 Encik Dzulkhairy (Pokok Sena)


Runner                                                        :     Encik Safwan Heris (Alor Setar)





                                                                                                                            LAMPIRAN B

TENTATIF/JADUAL/ATURCARA

********************** _HARI PERTAMA_ (Khamis: 16 Jun 2011)********************

Semua peserta berkumpul

*taklimat ringkas dari Ketua Pengarah

Bertolak ke Pulau Langkawi


Tiba di Jetty Point Pulau Langkawi.
*Kereta sewa sudah tersedia untuk bertolak ke penginapan di Pantai Chenang


Rehat di Penginapan
*Selesai solat, kemas barang di bilik masing-masing, bersedia untuk “tour”.


*Makam Mahsuri

 *Makan Di Pekan Kuah

Pulang semula ke Penginapan/Chalet.

Makan Malam bersama rakan-rakan di restoran pilihan. *Majlis Suai Kenal


 **********************_HARI KEDUA_ (Jumaat: 17 Jun 2011)***********************

Sarapan bersama rakan peserta di Temoyong.

*Aktiviti Air
(Berenang, Banana Boat, Snokling, Jetski dll.)


(Lelaki)
Bersiap untuk Solat Jumaat Di Masjid berhampiran.

(Perempuan)
Buat hal sendiri, ATM, dll.

Mulakan “tour” untuk hari kedua.

*Makan
*Kereta Kabel
*Cendol Pulut di Airport
*Sunset

Pulang semula ke Penginapan/Chalet.

Malam Suka-Suki

1. *Tunjuk Bakat.

2. *Kenangan Langkawi (Untuk aktiviti ini peserta diingatkan untuk membeli satu hadiah untuk ditukar)

3. *Syor/Komen (Penambah-baikan) hasil perbincangan akan mengadakan kutipan dana tahunan, setiap ahli dikehendaki membayar Rm50 setahun.




 ***********************HARI KETIGA (Sabtu: 18 Jun 2011)***********************


Sarapan bersama rakan peserta.

*Bird Paradise

*Underwater World


Berkemas untuk berangkat pulang.



Bertolak ke Jetty Point dengan kenderaan yang disediakan.

*Membeli belah di Shopping Island/Jetty Point/ Pekan Kuah/ Haji Ismail Group

Selamat Tinggal Pulau Langkawi. Bertolak pulang

Tiba

Bersurai.




                                                                                                                            LAMPIRAN C
BELANJAWAN


RM 200.00 setiap orang.
RM 200.00 yang kalian keluarkan merangkumi:
  1. Tiket Feri Pergi dan Balik (Kuala Kedah-P.Langkawi-Kuala Kedah)
  2. Penginapan Di Pantai Chenang 3 Hari 2 Malam (Tidak Termasuk Makan)
  3. Pengangkutan Lawatan ke Tempat-Tempat Menarik
  4. Kebajikan, Keselamatan dan Perubatan.
  5. Tiket Kereta Kabel dan Tiket Makam Lagenda Mahsuri



*Bayaran RM 200 tersebut tidak termasuk makan minum dan tiket untuk memasuki tempat lawatan. (kecuali tiket Kereta Kabel dan Tiket Makam Lagenda Mahsuri)

*Misalnya, anda mengikuti lawatan ke Telaga Tujuh, anda tidak perlu bayar untuk tambang kerana sudah termasuk dalam RM200, Cuma anda perlu keluarkan duit sendiri beli tiket untuk masuk ke tempat lawatan.

Sebagai Panduan Harga Tiket:

Makam Mahsuri (bawah RM 5)
Kereta Kabel (bawah RM30)
Underwater World (bawah RM28)
Dan Tempat-Tempat Lain ‘spent’kan harga setiap tiket (bawah dari RM20)


Anda mempunyai pilihan samada ingin beli tiket atau tidak.

Misalnya, anda mengikuti lawatan ke Telaga Tujuh. Jika tidak berminat untuk masuk atau ingin jimat, anda boleh bersiar-siar di sekitar kawasan luar. “free of charge”, kawasannya pun sudah cukup mempersonakan.


Anggaran Perbelanjaan

RM 200.00 untuk join.
Minimum (sekurang-kurangnya) RM 175.00 duit “pocket”.


*Tiada paksaan untuk mengikuti percutian ini, jika anda tidak sanggup keluarkan modal dan tidak berminat sekalipun, aktiviti ini tetap berjalan. Ini percutian adik beradik, Alang-alang hendak diadakan, kita offer je sekali. Terima Kasih.




                                                                                                                         LAMPIRAN D

Gambar-Gambar

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.237422109605268.77864.100000124431228

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.221379741229449.61329.100000722747907

1 comments:

Anonymous at: 7 September 2021 at 16:01 said...

assalamualaikum sis terima kasih atas maklumat sis, tetapi saya minta sis untuk next time buat blog dengan menggunakan colour font yang tidak mengelirukan , biarkan font tu nampak pop out. no hate ><

Post a Comment